Sunday 2 December 2012

Bunga Hiasan Tangan Majlis Pertunangan/Perkahwinan

Era Millenium, kecendurangan untuk memeriahkan suasana majlis suatu kemestian, bukan sekadar memenuhi keperluan adat tetapi menjangkau lebih jauh lagi. Bermacam-macam suasana atau konsep di ketengahkan, menjadi lumrah dan demi memeriahkan sesuatu majlis supaya benar-benar untuk kenangan terindah dan yang paling utama di ikuti sebagai trend semasa dan seterusnya.

Bunga hiasan tangan, terutama di majlis pertunangan atau perkahwinan sudah menjadi satu kemestian, sehingga ada kalangan yang berkemampuan sanggup membayar sehingga ratusan mahupun ribuan ringgit bagi mendapatkan bunga hiasan tangan yang cantik, menarik dan up to date.

Terdapat pelbagai dekorasi bunga tangan di pasaran. Ada yang digubah menggunakkan bunga hidup (fresh flower), ada yang dibuat dari pita ribbon, span dll. Dan kini bunga hiasan tangan ini pun boleh di dapati dengan mudah samada di kedai-kedai peralatan pengantin dan juga secara online.

Pada 1hb Disember 2012, yg lalu saya berada di salah satu majlis pertunangan (rumah kak Nor/Man), majlis agak simple dan ringkas tapi nampak elegan. Siap dengan mini pelamin berserta bunga hiasan tangan pada si gadis. 
 Mini pelamin dan bunga hiasan tangan, digunakan menepati tema warna - merah jambu (pink), ungu lembut/terang  (purple), jingga (oren) di gabungkan dengan latar dan set duduk putih telur.
Majlis bermula sekitar jam 12.00pm dan selesai pada 4.00pm.
Agak ramai juga yang hadir, biarpun kata kak Nor hanya dari kalangan keluarganya dan suami serta kunjungan keluarga dari pihak lelaki.

Alhamdulillah! Majlis yang sederhana tetapi cukup bermakna. Buat anakanda kak Nor & Abg Man. Farah Amira..Selamat Bertunang Muga Berkekalan Ke Jinjang Pelamin sehingga ke anak cucu! Insya Allah! Amean, amean Yaa Rabbal Allamiin......



Saturday 17 November 2012

Perjalanan Seribu Batu, Bermula Dengan Satu Langkah

Kehidupan hari ini..........bermula dari semalam........kehidupan semalam bermula dari hari-hari sebelumnya!

Setiap yang hidup, PASTI akan merasakan keMATIan! Yang hidup senang lenang pasti samada sudah merasai kesusahan atau bakal mengharungi kesusahan!!!

Masalah-masalah yang dilalui, sudah menjadi lumrah kehidupan! Tiada sesiapa pun yang sepanjang hidupnya tiada menharungi sebarang MASALAH!

Cuba TANYA diri anda, Ada atau Tidak sepanjang hidup ini, MASALAH yang anda lalui, TIDAK dapat anda atasi atau selesaikan?

Pelik tapi BENAR.......! Setiap masalah, PASTI akan ada jalan penyelesaiannya. CUMA yang membezakannya........HANYA waktu penyelesaiannya.......samada CEPAT atau LAMBAT.

Bagaimana kita menghadapi masalah-masalah ini mungkin berbeza-beza dan jalan penyelesaiannya bagi menanganinya pun pastinya berbeza-beza juga. Ada yang terpaksa menempuh jurang-jurang berliku untuk melepasinya dan tidak hairan ada yang mudah dapat mengatasinya.

Jadi, BAGAIMANA anda pula?

Renung-renungkan!

Pernah atau Tidak, anda bertanya pada DIRI anda.......Bagaimana mereka-mereka yang berjaya mengatasi permasalahan mereka. Apakah RAHSIA atau KAEDAH yang mereka gunapakai?
Apa agaknya, RAHSIA-RAHSIA mereka-mereka yang  kita nampak dengan mudah dapat mengatasi segala permasalahan MEREKA?

JOM! Kita berkongsi sedikit TIP-TIP mereka-mereka yang BERJAYA!

Saksikan VIDEO ini dan FIKIR-FIKIRkan...............................



Friday 16 November 2012

Rahsia Kehebatan Pelaburan

Fakta menunjukkan, boleh dikatakan semua orang INGIN menjadi KAYA!

Tapi cuba kita renung-renungkan!
  • Cara mana untuk mencapainya?
Sebenarnya terdapat pelbagai cara dan kaedah mencapai matlamat ini......cuma samada kita tahu atau tidak! Ada yang CUBA....dengan berkerja melebihi waktu pekerjaan biasa....'OVERTIME'......ada yang buat kerja-kerja sambilan dan pelbagai 1001 cara lagi.
Pernah atau TIDAK kita, terfikir cara mana untuk mencapainya dengan kaedah biarpun lambat tapi PASTI berjaya! Cara bagaimana JUTAWAN - "WARREN BUFFET"- ikon KEKAYAAN dunia.

Untuk info Lanjut, sila klik:-
Rahsia Kehebatan Pelaburan




Kuasa Compounded Interest.

Saudara Irfan Khairi, Jutawan Muda ada menceritakan tentang kuasa compounded Interest ini secara terperinci. Untuk mengetahui tentangnya sila klik:-
Irfan Khairi

Mutiara Kata:-

"Pelaburan Yg Bijak Boleh Menjadikan Anda SANGAT Kaya SEKIRANYA Anda TIDAK TERGESA-GESA". - Warren Buffet.


Thursday 15 November 2012

Kaedah Memulakan Pelaburan

Kaedah Pelaburan
Memulakan pelaburan di dalam unit amanah terdapat 4 cara iaitu:
1. pelaburan secara lump sum
2. pelaburan secara simpanan bulanan
3. pelaburan melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP
4. meminjam untuk melabur

Pelaburan Secara Lump Sum
Bagi pelabur yang mempunyai sejumlah wang terkumpul, pelaburan secara lump-sum adalah yang terbaik. Sepanjang tempoh pelaburan yang dicadangkan (3-30 tahun), modal di awal pelaburan tadi akan mengalami pertumbuhan dengan memperolehi keuntungan daripada agihan (distribution), dan juga pertumbuhan modal (iaitu kenaikan harga semasa unit amanah).

Apabila berlaku jualan semula unit / penebusan unit oleh pelabur, pelabur akan mendapat 2 jenis keuntungan:
  •  Keuntungan daripada perbezaan harga jual dan harga belian unit amanah;
  • Keuntungan daripada agihan (distribution) yang disokong oleh kelebihan compound interest ke atas agihan yang diperolehi pada setiap tahun, dengan syarat agihan tersebut dilaburkan semula sebagai modal tambahan.
Contoh, jika anda memulakan pelaburan dengan modal RM10,000 dan menerima agihan sebanyak 0.08 sen/unit pada nilai seunit saham RM 1.00 seunit, keuntungan yang diperolehi adalah RM 0.08 x 10, 000 unit = RM 800 dan jika anda laburkan semula agihan tadi, maka modal bagi tahun berikutnya menjadi RM 10,800. Jika hal ini berterusan i.e. agihan sebanyak 8%/tahun selama 30 tahun dilaburkan semula setiap tahun, maka modal RM 10,000 tadi akan menjadi RM100,626.57!!

Pelaburan secara Simpanan Tetap Bulanan
Bagi pelabur yang tidak mempunyai sejumlah wang yang besar sebagai modal permulaan, pelaburan secara simpanan bulanan adalah yang terbaik. Ia adalah cara yang ideal, berdisiplin dan berguna bagi tujuan mengumpul wang untuk digunakan pada masa yang diperlukan. Dengan membuat pelaburan tetap secara bulanan untuk suatu tempoh tertentu, anda tidak perlu risau dengan turun naik harga unit amanah, kerana kos belian akan dipuratakan sepanjang anda melabur. Ini adalah teknik yang dipanggil pemurataan kos-ringgit (ringgit-cost averaging).
Sebagai contoh, jika anda melabur RM100 sebulan selama 30 tahun, dengan compound interest 8%/tahun dikompaun secara bulanan,anda akan mempunyai RM150,030 pada 30 tahun akan datang!!

Pelaburan melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP
Sebagai tambahan kepada pelaburan secara lump-sum dan pelaburan tetap bulanan, ahli KWSP juga boleh melabur melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh KWSP.
Pengeluaran untuk pelaburan adalah dibenarkan kepada ahli yang mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM5,000 melebihi baki simpanan asas di dalam Akaun 1, dan belum mencapai umur 55 tahun. Untuk ahli yang layak, mereka boleh melaburkan sebahagian daripada simpanan ini di dalam unit amanah melalui pengurus dana luaran yang dilantik oleh Kementerian Kewangan.
Jumlah simpanan yang boleh dilaburkan mestilah tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak melebihi 20 peratus dari jumlah simpanan yang melebihi baki simpanan asas di dalam Akaun 1. Pelaburan secara terus adalah tidak dibenarkan. Anda juga tidak dibenarkan membuat pelaburan tambahan menggunakan wang anda sendiri. Pengeluaran pelaburan boleh dibuat setiap 3 bulan selepas tarikh permohonan terakhir diluluskan, tertakluk kepada jumlah baki yang mencukupi di dalam Akaun 1.
    Pinjaman Pelaburan
    Walaupun terdapat kemudahan untuk membuat pinjaman untuk melabur (seperti Pinjaman ASB), harus diingatkan bahawa terdapat RISIKO yang hadir bersama dengan pinjaman, iaitu KADAR FAEDAH yang dikenakan oleh syarikat pemberi pinjaman. Kadar faedah inilah yang boleh menyebabkan anda mungkin keRUGIan serta tidak mencapai potensi keuntungan pelaburan secara optimum. Oleh itu, pelaburan secara pinjaman adalah tidak digalakkan. Walau bagaimanapun anda disarankan untuk mendapatkan nasihat dari mereka yang pakar sebelum membuat sebarang keputusan.

YURAN DAN CAJ PELABURAN

Dalam pelaburan terdapat yuran dan caj yang dikenakan kepada pelabur sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Caj secara langsung yang perlu dibayar adalah caj belian/ perkhidmatan permulaan semasa urus niaga belian unit dilakukan samada bagi pelaburan tunai atau melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP.

Dalam menguruskan tabung unit, terdapat beberapa yuran yang dikenakan seperti yuran pengurusan, yuran pemegang amanah, ganjaran juru audit, dan lain-lain yuran profesional, kos/caj dan perbelanjaan percetakan laporan tahunan dan baucer pengagihan pendapatan serta lain-lain perbelanjaan yang diperlukan dalam menguruskan unit amanah.

Caj Pembelian:-
 Sekitar 3% (Kwsp) ~ 5.5% (Tunai) dari jumlah pelaburan.

Lain-lain Caj:-
Tercatit dalam Interim/Annual Report.
(untuk caj pengurusan, pemegang amanah, dll)

Dinasihatkan agar anda mempertimbangkan semua yuran dan caj yang dikenakan sebelum membuat pelaburan. Dapatkan maklumat lanjut dari perunding anda tentang segala yang perlu anda tahu supaya sebarang keputusan yang di lakukan di dalam pengetahuan sedar anda.

Wednesday 14 November 2012

Risiko, Ganjaran Sebagai Pelabur

Dipetik dari Laman S.I.D.C:-

Berapa Banyak Risiko Yang Boleh Diambil?

 
Ada satu prinsip asas yang perlu anda ingat sebelum melaksanakan pelan kewangan. Prinsip itu ialah: lebih tinggi pulangan daripada sesuatu pelaburan, lebih tinggi risikonya.Ini merupakan prinsip penting pelaburan, keseimbangan antara risiko dan ganjaran berkait langsung dengan setiap keputusan pelaburan yang dibuat. Apabila membeli atau menjual sesuatu produk pelaburan, anda sentiasa menghadapi risiko kerugian. Cuma, tahap risiko itu berbeza-beza antara satu produk dengan produk yang lain.
Amnya, produk yang menjanjikan pulangan paling banyak (seperti niaga hadapan, opsyen dan saham yang harga meningkat dengan cepat) merupakan pelaburan yang paling berisiko - jadi, makin banyak risiko yang anda ambil dengan pelaburan-pelaburan jenis ini, semakin besar kemungkinannya ganjaran yang bakal diterima juga besar. Tetapi, kemungkinan besar pula anda boleh hilang wang pelaburan anda. Begitulah sebaliknya dengan produk kewangan yang dianggap "selamat" seperti simpanan di bank dan bon yang memberi pulangan kecil dan mantap. Kemungkinan wang anda hangus kecil sekali kerana pelaburan seperti ini mempunyai risiko rendah. Tetapi pulangannya juga rendah. Inilah yang dimaksudkan dengan perseimbangan antara risiko dan ganjaran.
Sebenarnya risiko sesuatu pelaburan itu bergantung kepada diri kita sendiri. Dalam lain perkatan berapa banyak risiko yang anda sanggup terima. Risiko bermakna, mengambil sesuatu langkah yang tidak pasti iaitu tiada jaminan hasil langkah yang diambil itu akan memihak kepada anda. Ketahanan menghadapi risiko diukur melalui penerimaan anda terhadap hasil daripada sesuatu pelaburan. Sama ada anda boleh mengambil risiko dan sampai ke tahap mana ketahanan anda, bergantung kepada kedudukan kewangan anda (ini merangkumi nilai bersih, pendapatan dan jangkaan hasil pendapatan pada masa hadapan), personaliti dan matlamat kewangan anda.
Hampir semua buku yang mengajar kita mengenai pelaburan pasti memasukkan kuiz profil risiko pelabur untuk membantu kita memastikan daya ketahanan terhadap risiko. Jawab ujian ini dan ketahuilah profil pelaburan anda: sama ada konservatif, sederhana atau agresif. Pelabur yang agresif akan mengambil risiko besar untuk mendapat keuntungan besar. Pelabur konservatif akan mencari pelaburan selamat dan berpuas hati dengan pelaburan yang membawa pendapatan mantap. Pelabur sederhana pula berada di tengah-tengah: dia mengambil sikap berhati-hati tetapi bersedia mengambil sedikit risiko untuk mendapat pulangan lebih baik.
Nak tahu ketahanan anda menghadapi risiko, tanya diri sendiri fasal tidur. Bolehkah anda melaburkan semua wang dalam sesuatu aset dan tetap dapat tidur nyenyak? Jika tak boleh, bermakna pelaburan bukan untuk anda.

Memahami Risiko Pelaburan
Apakah risiko yang dihadapi oleh pelabur seperti anda?
Salah satu bentuk risiko dinamakan 'risiko asas' yang meliputi semua jenis pelaburan. Risiko jenis ini wujud dalam mana-mana perniagaan dan dipengaruhi oleh tahap kecekapan pengurusan syarikat dan kedudukan syarikat dalam arus persaingan pasaran.
Cara terbaik untuk meminimumkan kesan risiko ini ke atas portfolio anda ialah dengan mempelbagaikan pelaburan; iaitu melabur dalam lain-lain syarikat, dalam industri yang berbeza-beza, dan dalam lingkungan kelas aset yang sama.
Yang kedua ialah risiko pasaran, juga dikenali sebagai risiko teknikal. Risiko ini pula berkaitan dengan bagaimana keadaan pasaran di mana anda mempunyai pelaburan. Ini membabitkan faktor-faktor ekonomi seperti kitaran perniagaan, inflasi dan pengangguran. Umpamanya, dalam sesuatu tempoh tertentu ekonomi, pasaran hartanah mungkin mempunyai prestasi lebih baik berbanding pasaran saham. Untuk menguruskan risiko pasaran, bijak jika mempunyai portfolio yang seimbang - iaitu mempelbagaikan pelaburan di kalangan sesuatu kumpulan aset dan mengawasi keadaan ekonomi negara untuk mengenal pasti syarikat mana yang berpotensi untuk berjaya dan yang mana pula yang mungkin merudum.
Risiko kadar faedah juga risiko yang perlu dihadapi. Biasanya ramai mengandaikan bahawa risiko kadar faedah hanya mempengaruhi pasaran bon. Ini tidak benar kerana kadar faedah juga turut memberi kesan kepada pasaran saham. Memang benar nilai saham dipengaruhi oleh lain-lainfaktor langsung. Yang perlu diingatkesan gerakankadar faedah mempunyai kesan terbalik bukan macam bon.
Risiko inflasi pula ialah risiko pelaburan anda dilangkau oleh inflasi yang bergerak pantas dan menghakis nilai pelaburan tersebut. Ini ialah risiko kuasa belian. Jadi, anda harus mencari saham, hartanah dan pelaburan yang akan mengatasi kadar inflasi dalam jangka masa tertentu. Jangan lupa juga untuk memasukkan faktor inflasi ketika mengira andaian pulangan daripada pelaburan anda. Ini cara yang betul untuk mendapatkan gambaran sebenar keuntungan yang diperoleh.
Akhirnya, risiko kecairan. Ini merupakan jawapan kepada soalan, berapa cepat saya boleh menukar aset pelaburan kepada nilai penuh wang tunai? Simpanan di bank adalah antara risiko kecairan paling rendah manakala pelaburan hartanah pula mempunyai risiko kecairan paling tinggi. Saham dan unit amanah juga mempunyai kecairan yang baik kerana, selepas menjualnya, anda hanya perlu menunggu beberapa hari (bekerja) sahaja untuk mendapat wang anda.

Anda Jenis Pelabur Yang Mana?
Di sini ada beberapa contoh profil risiko pelabur dan pelaburan tipikal yang dipadankan dengan personaliti dan objektif mereka.

Profil Pelabur
Pelaburan Tipikal

Terlalu konservatif
Sekuriti kerajaan, sekuriti yang disokong oleh bank
Sekuriti pemegang amanah

Konservatif Julat lebih luas bagi pelaburan yang memberi pulangan sahaja, debentur, bon korporat, produk insurans tertentu

Julat pertengahan Harta (umpamanya rumah) yang belum siap, pertumbuhan saham, unit amanah yang berkaitan dengan pelaburan (dengan penekanan kepada pertumbuhan), pelaburan antarabangsa

Usahawan Harta yang sudah siap, pertumbuhan saham, unit amanah yang berkaitan dengan pelaburan (Dengan penekanan kepada pertumbuhan), pelaburan antarabangsa

Spekulasi Dagangan opsyen, niaga hadapan, barangan eksotik dan himpunan barang-barang berharga
Nota: Jadual di atas hanya sebagai petunjuk. Untuk lebih tepat, ciri-ciri dan faktor-faktor lain perlu diambil kira. Juga, ada pertindihan dalam pengkelasan jenis pelabur. Justeru, ada pelabur mungkin tidak bersetuju dengan ciri-ciri pelaburan yang dipadankan dengan profil risiko.