Saturday 17 November 2012

Perjalanan Seribu Batu, Bermula Dengan Satu Langkah

Kehidupan hari ini..........bermula dari semalam........kehidupan semalam bermula dari hari-hari sebelumnya!

Setiap yang hidup, PASTI akan merasakan keMATIan! Yang hidup senang lenang pasti samada sudah merasai kesusahan atau bakal mengharungi kesusahan!!!

Masalah-masalah yang dilalui, sudah menjadi lumrah kehidupan! Tiada sesiapa pun yang sepanjang hidupnya tiada menharungi sebarang MASALAH!

Cuba TANYA diri anda, Ada atau Tidak sepanjang hidup ini, MASALAH yang anda lalui, TIDAK dapat anda atasi atau selesaikan?

Pelik tapi BENAR.......! Setiap masalah, PASTI akan ada jalan penyelesaiannya. CUMA yang membezakannya........HANYA waktu penyelesaiannya.......samada CEPAT atau LAMBAT.

Bagaimana kita menghadapi masalah-masalah ini mungkin berbeza-beza dan jalan penyelesaiannya bagi menanganinya pun pastinya berbeza-beza juga. Ada yang terpaksa menempuh jurang-jurang berliku untuk melepasinya dan tidak hairan ada yang mudah dapat mengatasinya.

Jadi, BAGAIMANA anda pula?

Renung-renungkan!

Pernah atau Tidak, anda bertanya pada DIRI anda.......Bagaimana mereka-mereka yang berjaya mengatasi permasalahan mereka. Apakah RAHSIA atau KAEDAH yang mereka gunapakai?
Apa agaknya, RAHSIA-RAHSIA mereka-mereka yang  kita nampak dengan mudah dapat mengatasi segala permasalahan MEREKA?

JOM! Kita berkongsi sedikit TIP-TIP mereka-mereka yang BERJAYA!

Saksikan VIDEO ini dan FIKIR-FIKIRkan...............................



Friday 16 November 2012

Rahsia Kehebatan Pelaburan

Fakta menunjukkan, boleh dikatakan semua orang INGIN menjadi KAYA!

Tapi cuba kita renung-renungkan!
  • Cara mana untuk mencapainya?
Sebenarnya terdapat pelbagai cara dan kaedah mencapai matlamat ini......cuma samada kita tahu atau tidak! Ada yang CUBA....dengan berkerja melebihi waktu pekerjaan biasa....'OVERTIME'......ada yang buat kerja-kerja sambilan dan pelbagai 1001 cara lagi.
Pernah atau TIDAK kita, terfikir cara mana untuk mencapainya dengan kaedah biarpun lambat tapi PASTI berjaya! Cara bagaimana JUTAWAN - "WARREN BUFFET"- ikon KEKAYAAN dunia.

Untuk info Lanjut, sila klik:-
Rahsia Kehebatan Pelaburan




Kuasa Compounded Interest.

Saudara Irfan Khairi, Jutawan Muda ada menceritakan tentang kuasa compounded Interest ini secara terperinci. Untuk mengetahui tentangnya sila klik:-
Irfan Khairi

Mutiara Kata:-

"Pelaburan Yg Bijak Boleh Menjadikan Anda SANGAT Kaya SEKIRANYA Anda TIDAK TERGESA-GESA". - Warren Buffet.


Thursday 15 November 2012

Kaedah Memulakan Pelaburan

Kaedah Pelaburan
Memulakan pelaburan di dalam unit amanah terdapat 4 cara iaitu:
1. pelaburan secara lump sum
2. pelaburan secara simpanan bulanan
3. pelaburan melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP
4. meminjam untuk melabur

Pelaburan Secara Lump Sum
Bagi pelabur yang mempunyai sejumlah wang terkumpul, pelaburan secara lump-sum adalah yang terbaik. Sepanjang tempoh pelaburan yang dicadangkan (3-30 tahun), modal di awal pelaburan tadi akan mengalami pertumbuhan dengan memperolehi keuntungan daripada agihan (distribution), dan juga pertumbuhan modal (iaitu kenaikan harga semasa unit amanah).

Apabila berlaku jualan semula unit / penebusan unit oleh pelabur, pelabur akan mendapat 2 jenis keuntungan:
  •  Keuntungan daripada perbezaan harga jual dan harga belian unit amanah;
  • Keuntungan daripada agihan (distribution) yang disokong oleh kelebihan compound interest ke atas agihan yang diperolehi pada setiap tahun, dengan syarat agihan tersebut dilaburkan semula sebagai modal tambahan.
Contoh, jika anda memulakan pelaburan dengan modal RM10,000 dan menerima agihan sebanyak 0.08 sen/unit pada nilai seunit saham RM 1.00 seunit, keuntungan yang diperolehi adalah RM 0.08 x 10, 000 unit = RM 800 dan jika anda laburkan semula agihan tadi, maka modal bagi tahun berikutnya menjadi RM 10,800. Jika hal ini berterusan i.e. agihan sebanyak 8%/tahun selama 30 tahun dilaburkan semula setiap tahun, maka modal RM 10,000 tadi akan menjadi RM100,626.57!!

Pelaburan secara Simpanan Tetap Bulanan
Bagi pelabur yang tidak mempunyai sejumlah wang yang besar sebagai modal permulaan, pelaburan secara simpanan bulanan adalah yang terbaik. Ia adalah cara yang ideal, berdisiplin dan berguna bagi tujuan mengumpul wang untuk digunakan pada masa yang diperlukan. Dengan membuat pelaburan tetap secara bulanan untuk suatu tempoh tertentu, anda tidak perlu risau dengan turun naik harga unit amanah, kerana kos belian akan dipuratakan sepanjang anda melabur. Ini adalah teknik yang dipanggil pemurataan kos-ringgit (ringgit-cost averaging).
Sebagai contoh, jika anda melabur RM100 sebulan selama 30 tahun, dengan compound interest 8%/tahun dikompaun secara bulanan,anda akan mempunyai RM150,030 pada 30 tahun akan datang!!

Pelaburan melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP
Sebagai tambahan kepada pelaburan secara lump-sum dan pelaburan tetap bulanan, ahli KWSP juga boleh melabur melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh KWSP.
Pengeluaran untuk pelaburan adalah dibenarkan kepada ahli yang mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM5,000 melebihi baki simpanan asas di dalam Akaun 1, dan belum mencapai umur 55 tahun. Untuk ahli yang layak, mereka boleh melaburkan sebahagian daripada simpanan ini di dalam unit amanah melalui pengurus dana luaran yang dilantik oleh Kementerian Kewangan.
Jumlah simpanan yang boleh dilaburkan mestilah tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak melebihi 20 peratus dari jumlah simpanan yang melebihi baki simpanan asas di dalam Akaun 1. Pelaburan secara terus adalah tidak dibenarkan. Anda juga tidak dibenarkan membuat pelaburan tambahan menggunakan wang anda sendiri. Pengeluaran pelaburan boleh dibuat setiap 3 bulan selepas tarikh permohonan terakhir diluluskan, tertakluk kepada jumlah baki yang mencukupi di dalam Akaun 1.
    Pinjaman Pelaburan
    Walaupun terdapat kemudahan untuk membuat pinjaman untuk melabur (seperti Pinjaman ASB), harus diingatkan bahawa terdapat RISIKO yang hadir bersama dengan pinjaman, iaitu KADAR FAEDAH yang dikenakan oleh syarikat pemberi pinjaman. Kadar faedah inilah yang boleh menyebabkan anda mungkin keRUGIan serta tidak mencapai potensi keuntungan pelaburan secara optimum. Oleh itu, pelaburan secara pinjaman adalah tidak digalakkan. Walau bagaimanapun anda disarankan untuk mendapatkan nasihat dari mereka yang pakar sebelum membuat sebarang keputusan.

YURAN DAN CAJ PELABURAN

Dalam pelaburan terdapat yuran dan caj yang dikenakan kepada pelabur sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Caj secara langsung yang perlu dibayar adalah caj belian/ perkhidmatan permulaan semasa urus niaga belian unit dilakukan samada bagi pelaburan tunai atau melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP.

Dalam menguruskan tabung unit, terdapat beberapa yuran yang dikenakan seperti yuran pengurusan, yuran pemegang amanah, ganjaran juru audit, dan lain-lain yuran profesional, kos/caj dan perbelanjaan percetakan laporan tahunan dan baucer pengagihan pendapatan serta lain-lain perbelanjaan yang diperlukan dalam menguruskan unit amanah.

Caj Pembelian:-
 Sekitar 3% (Kwsp) ~ 5.5% (Tunai) dari jumlah pelaburan.

Lain-lain Caj:-
Tercatit dalam Interim/Annual Report.
(untuk caj pengurusan, pemegang amanah, dll)

Dinasihatkan agar anda mempertimbangkan semua yuran dan caj yang dikenakan sebelum membuat pelaburan. Dapatkan maklumat lanjut dari perunding anda tentang segala yang perlu anda tahu supaya sebarang keputusan yang di lakukan di dalam pengetahuan sedar anda.

Wednesday 14 November 2012

Risiko, Ganjaran Sebagai Pelabur

Dipetik dari Laman S.I.D.C:-

Berapa Banyak Risiko Yang Boleh Diambil?

 
Ada satu prinsip asas yang perlu anda ingat sebelum melaksanakan pelan kewangan. Prinsip itu ialah: lebih tinggi pulangan daripada sesuatu pelaburan, lebih tinggi risikonya.Ini merupakan prinsip penting pelaburan, keseimbangan antara risiko dan ganjaran berkait langsung dengan setiap keputusan pelaburan yang dibuat. Apabila membeli atau menjual sesuatu produk pelaburan, anda sentiasa menghadapi risiko kerugian. Cuma, tahap risiko itu berbeza-beza antara satu produk dengan produk yang lain.
Amnya, produk yang menjanjikan pulangan paling banyak (seperti niaga hadapan, opsyen dan saham yang harga meningkat dengan cepat) merupakan pelaburan yang paling berisiko - jadi, makin banyak risiko yang anda ambil dengan pelaburan-pelaburan jenis ini, semakin besar kemungkinannya ganjaran yang bakal diterima juga besar. Tetapi, kemungkinan besar pula anda boleh hilang wang pelaburan anda. Begitulah sebaliknya dengan produk kewangan yang dianggap "selamat" seperti simpanan di bank dan bon yang memberi pulangan kecil dan mantap. Kemungkinan wang anda hangus kecil sekali kerana pelaburan seperti ini mempunyai risiko rendah. Tetapi pulangannya juga rendah. Inilah yang dimaksudkan dengan perseimbangan antara risiko dan ganjaran.
Sebenarnya risiko sesuatu pelaburan itu bergantung kepada diri kita sendiri. Dalam lain perkatan berapa banyak risiko yang anda sanggup terima. Risiko bermakna, mengambil sesuatu langkah yang tidak pasti iaitu tiada jaminan hasil langkah yang diambil itu akan memihak kepada anda. Ketahanan menghadapi risiko diukur melalui penerimaan anda terhadap hasil daripada sesuatu pelaburan. Sama ada anda boleh mengambil risiko dan sampai ke tahap mana ketahanan anda, bergantung kepada kedudukan kewangan anda (ini merangkumi nilai bersih, pendapatan dan jangkaan hasil pendapatan pada masa hadapan), personaliti dan matlamat kewangan anda.
Hampir semua buku yang mengajar kita mengenai pelaburan pasti memasukkan kuiz profil risiko pelabur untuk membantu kita memastikan daya ketahanan terhadap risiko. Jawab ujian ini dan ketahuilah profil pelaburan anda: sama ada konservatif, sederhana atau agresif. Pelabur yang agresif akan mengambil risiko besar untuk mendapat keuntungan besar. Pelabur konservatif akan mencari pelaburan selamat dan berpuas hati dengan pelaburan yang membawa pendapatan mantap. Pelabur sederhana pula berada di tengah-tengah: dia mengambil sikap berhati-hati tetapi bersedia mengambil sedikit risiko untuk mendapat pulangan lebih baik.
Nak tahu ketahanan anda menghadapi risiko, tanya diri sendiri fasal tidur. Bolehkah anda melaburkan semua wang dalam sesuatu aset dan tetap dapat tidur nyenyak? Jika tak boleh, bermakna pelaburan bukan untuk anda.

Memahami Risiko Pelaburan
Apakah risiko yang dihadapi oleh pelabur seperti anda?
Salah satu bentuk risiko dinamakan 'risiko asas' yang meliputi semua jenis pelaburan. Risiko jenis ini wujud dalam mana-mana perniagaan dan dipengaruhi oleh tahap kecekapan pengurusan syarikat dan kedudukan syarikat dalam arus persaingan pasaran.
Cara terbaik untuk meminimumkan kesan risiko ini ke atas portfolio anda ialah dengan mempelbagaikan pelaburan; iaitu melabur dalam lain-lain syarikat, dalam industri yang berbeza-beza, dan dalam lingkungan kelas aset yang sama.
Yang kedua ialah risiko pasaran, juga dikenali sebagai risiko teknikal. Risiko ini pula berkaitan dengan bagaimana keadaan pasaran di mana anda mempunyai pelaburan. Ini membabitkan faktor-faktor ekonomi seperti kitaran perniagaan, inflasi dan pengangguran. Umpamanya, dalam sesuatu tempoh tertentu ekonomi, pasaran hartanah mungkin mempunyai prestasi lebih baik berbanding pasaran saham. Untuk menguruskan risiko pasaran, bijak jika mempunyai portfolio yang seimbang - iaitu mempelbagaikan pelaburan di kalangan sesuatu kumpulan aset dan mengawasi keadaan ekonomi negara untuk mengenal pasti syarikat mana yang berpotensi untuk berjaya dan yang mana pula yang mungkin merudum.
Risiko kadar faedah juga risiko yang perlu dihadapi. Biasanya ramai mengandaikan bahawa risiko kadar faedah hanya mempengaruhi pasaran bon. Ini tidak benar kerana kadar faedah juga turut memberi kesan kepada pasaran saham. Memang benar nilai saham dipengaruhi oleh lain-lainfaktor langsung. Yang perlu diingatkesan gerakankadar faedah mempunyai kesan terbalik bukan macam bon.
Risiko inflasi pula ialah risiko pelaburan anda dilangkau oleh inflasi yang bergerak pantas dan menghakis nilai pelaburan tersebut. Ini ialah risiko kuasa belian. Jadi, anda harus mencari saham, hartanah dan pelaburan yang akan mengatasi kadar inflasi dalam jangka masa tertentu. Jangan lupa juga untuk memasukkan faktor inflasi ketika mengira andaian pulangan daripada pelaburan anda. Ini cara yang betul untuk mendapatkan gambaran sebenar keuntungan yang diperoleh.
Akhirnya, risiko kecairan. Ini merupakan jawapan kepada soalan, berapa cepat saya boleh menukar aset pelaburan kepada nilai penuh wang tunai? Simpanan di bank adalah antara risiko kecairan paling rendah manakala pelaburan hartanah pula mempunyai risiko kecairan paling tinggi. Saham dan unit amanah juga mempunyai kecairan yang baik kerana, selepas menjualnya, anda hanya perlu menunggu beberapa hari (bekerja) sahaja untuk mendapat wang anda.

Anda Jenis Pelabur Yang Mana?
Di sini ada beberapa contoh profil risiko pelabur dan pelaburan tipikal yang dipadankan dengan personaliti dan objektif mereka.

Profil Pelabur
Pelaburan Tipikal

Terlalu konservatif
Sekuriti kerajaan, sekuriti yang disokong oleh bank
Sekuriti pemegang amanah

Konservatif Julat lebih luas bagi pelaburan yang memberi pulangan sahaja, debentur, bon korporat, produk insurans tertentu

Julat pertengahan Harta (umpamanya rumah) yang belum siap, pertumbuhan saham, unit amanah yang berkaitan dengan pelaburan (dengan penekanan kepada pertumbuhan), pelaburan antarabangsa

Usahawan Harta yang sudah siap, pertumbuhan saham, unit amanah yang berkaitan dengan pelaburan (Dengan penekanan kepada pertumbuhan), pelaburan antarabangsa

Spekulasi Dagangan opsyen, niaga hadapan, barangan eksotik dan himpunan barang-barang berharga
Nota: Jadual di atas hanya sebagai petunjuk. Untuk lebih tepat, ciri-ciri dan faktor-faktor lain perlu diambil kira. Juga, ada pertindihan dalam pengkelasan jenis pelabur. Justeru, ada pelabur mungkin tidak bersetuju dengan ciri-ciri pelaburan yang dipadankan dengan profil risiko.

10 Low-Risk Ways to Earn More Interest on Your Savings

December 2011

10 Low-Risk Ways to Earn More Interest on Your Savings

 
If you need a safe place to park your money now, you have a surprising variety of options to consider -- even if the returns on some of them aren’t pretty.

Don’t expect rates to move up anytime soon. In response to the still-sluggish economy, the Federal Reserve has announced that it will keep short-term rates near zero through mid 2013 -- and maybe longer.

We’ve listed the top spots for eking out interest on your savings, depending on your tolerance for risk and how long you can tie up your money.



Read more:
Kiplinger.com

Persediaan Untuk Persaraan

Dipetik dari artikel yang dikeluarkan oleh FOMCA,Tuesday, 19 July 2011 :-


Seorang yang menjalani hidup yang sederhana pun tidak akan mempunyai wang simpanan yang mencukupi untuk menjalani kehidupan dengan selesa selepas bersara. Apabila mengambil kira pelbagai faktor seperti kenaikan harga, cukai dan sebanyak mana seorang biasa membelanjakan wang mereka, maka hanya sebahagian kecil sahaja wang yang ada untuk dibelanja apabila bersara.
Mengikut kaji selidik yang dijalankan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2010, secara purata, tahap celik wang rakyat Malaysia yang menghampiri umur persaraan adalah jauh lebih rendah, manakala sikap terhadap pengurusan kewangan juga didapati kurang memberangsangkan, berbanding dengan statistik bagi rakyat Malaysia daripada kumpulan umur lain.
Walaupun seseorang itu bekerja dalam tempoh yang lama untuk membayar hutang-hutang mereka, namun mereka terpaksa menyimpan sebahagian daripada duit tersebut sebagai persiapan apabila bersara kelak. Apa yang membimbangkan ialah seseorang itu terpaksa hidup dalam serba kekurangan walaupun sudah mencapai usia tua selain terpaksa menghadapi masalah lain dalam kehidupan mereka.
Perkara-perkara asas dalam merancang persaraan
Walau apa juga perancangan anda, anda hendaklah mengetahui kedudukan kewangan anda sekarang:
  1. Berapa banyak wang simpanan dan aset yang anda miliki sekarang?
  2. Berapakah pendapatan bulanan anda?
  3. Berapa peratus daripada gaji bulanan anda dicarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau sebarang dana persaraan?
  4. Berapa peratuskah pulangan balik daripada pelaburan?
  5. Berapa tahun yang anda ada sehingga mencapai usia persaraan untuk mengumpul wang?
Selepas menganalisis aset dan tanggungan yang anda miliki sekarang, anggarkan berapa yang anda perlukan dan buat pengubahsuaian berdasarkan kepada kadar inflasi sekarang. Kemudian anda perlu menetapkan usia persaraan anda – 45, 55, 60, atau 65? Anda bolehlah mengira wang bulanan yang anda perlukan apabila bersara nanti. Persiapan anda untuk bersara hendaklah meliputi pengurangan hutang, peruntukan perbelanjaan, kepelbagaian pelaburan dan menjaga kesihatan tubuh badan dengan makanan yang seimbang serta aktiviti riadah.
Pada usia yang tua, kesihatan amat penting. Kos perubatan merupakan perbelanjaan utama yang boleh mengikis wang persaraan anda. Walaupun anda mempunyai insurans perubatan dan hayat yang boleh melindungi sebarang penyakit kritikal dan kecacatan, namun ia mungkin tidak meliputi sebarang preskripsi perubatan yang anda perlukan. Kadangkala hanya sesetengah penyakit sahaja yang dilindungi oleh insurans. Oleh itu, persiapan persaraan yang mencukupi amat perlu bagi memastikan seseorang dapat hidup dengan sejahtera.
Tempoh persaraan
  1. 1. Mendaftar dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada hari pertama anda bekerja. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh faktor inflasi, wang simpanan dalam KWSP mungkin tidak mencukupi untuk keperluan persaraan nanti. Wujudkan satu akaun simpanan persaraan di bank dan mulai menabung 10 peratus daripada gaji bulanan.
  2. 2. Apabila usia anda semakin meningkat, tambah wang simpanan dalam tabung simpanan persaraan sebanyak beberapa peratus daripada gaji bulanan setiap tahun. Misalnya, sekiranya anda bekerja dalam usia 25 tahun dengan simpanan sebanyak 10 peratus dan anda menentukan untuk meningkatkan duit simpanan sebanyak satu peratus setiap tahun, maka pada usia 26 tahun, anda boleh menyimpan sebanyak 11 peratus daripada gaji. Pada usia 35 tahun pula, anda boleh menyimpan sehingga 20 peratus daripada pendapatan bulanan anda.
  3. 3. Setiap kali berlaku kenaikan gaji bulanan atau bonus tahunan, masukkan sebahagian daripadanya ke dalam simpanan untuk persaraan.
  4. 4. Di samping menyimpan wang untuk persaraan, buat penilaian terhadap pelaburan anda setiap tahun untuk memastikan bahawa wang pelaburan anda bertambah mengikut pelan persaraan kelak.
Tip-tip persiapan menghadapi persaraan
  1. Mulai daripada awal
    • Lebih awal anda menyimpan duit, lebih banyak masa wang anda akan bertambah. Tetapkan masa yang diperlukan. Jadikan wang simpanan untuk persaraan sebagai keutamaan. Buat perancangan dan patuhi perancangan tersebut. Tetapkan matlamat bagi perancangan persaraan untuk diri anda sendiri.
  2. Elak daripada mempunyai risiko yang tinggi terhadap wang persaraan
    • Beberapa jenis risiko yang biasa terjadi terhadap wang persaraan ialah:
      • Defisit.
        • Defisit boleh terjadi akibat tidak mempunyai tabungan yang mencukupi semasa bekerja atau terlalu konservatif dengan pelaburan anda. Apabila melabur dengan terlalu berhati-hati, anda mengalami risiko kekurangan duit apabila bersara nanti.
      • Risiko kehilangan pokok pelaburan.
        • Risiko tersebut disebabkan oleh perubahan atau kenaikan harga dalam tempoh tertentu.
  3. Rancang untuk keperluan jangka panjang
    • Anda perlu merancang untuk menghadapi “kerugian bukan pasaran”, yang disebabkan oleh faktor seperti penjagaan kesihatan dan keperluan jangka panjang, seperti menunaikan haji bagi orang beragama Islam.
  4. Jangkaan hayat anda
    • Jangka hayat purata rakyat Malaysia adalah 73 tahun. Daripada statistik ini anda dapat mensasarkan jangka hayat kehidupan anda. Pastikan keperluan anda akan meliputi jangkaan usia tersebut, walaupun sekiranya usia anda lebih panjang daripada apa yang anda jangkakan.
  5. Belanjawan apabila persaraan
    • Sesetengah perbelanjaan semasa persaraan mungkin lebih kurang daripada perbelanjaan sekarang. Cukai-cukai yang perlu dibayar seharusnya telah berkurangan. Pada umumnya, pinjaman dan gadai janji telah dilangsaikan supaya bayaran pinjaman rumah berkurangan. Perbelanjaan berkaitan pekerjaan seperti pengangkutan, pakaian dan sebagainya juga telah berkurangan.
    • Bayaran bil utiliti, makanan, hadiah, sumbangan, kereta dan insurans harta benda akan meningkat selaras dengan sebarang kenaikan yang berlaku. Perbelanjaan kesihatan dan insurans kesihatan akan meningkat. Kos untuk membuat perjalanan, bercuti dan berhibur akan meningkat kerana masa lapang yang banyak apabila bersara.
  6. Meminjamkan wang
    • Jangan mudah meminjamkan wang kepada rakan dan keluarga. Katakan bahawa penasihat kewangan anda tidak membenarkan anda meminjamkan wang.
  7. Anggarkan berapa banyak wang yang boleh anda keluarkan
    • Tetapkan kadar pengeluaran tahunan wang persaraan. Ini merupakan perkara penting dalam perancangan kewangan persaraan. Berhati-hati agar tidak mengeluarkan jumlah peratusan yang sama dengan anggaran pulangan pelaburan.
  8. Rancang kesan cukai dan inflasi
    • Inflasi boleh mengurangkan nilai pelaburan anda kerana cukai yang dikenakan terhadap pulangan pelaburan. Secara purata inflasi pada kadar 3 peratus setahun sejak beberapa dekad. Ini mungkin tidak terlalu banyak, namun cuba bayangkan jika nilai RM100,000 pada hari ini hanya bernilai RM74,000 dalam tempoh 10 tahun pada kadar inflasi 3 peratus setahun. Dapatkan khidmat penasihat kewangan profesional atau perunding percukaian bagi mendapatkan nasihat yang khusus tentang kedudukan anda.
  9. Cuba halang sebarang percubaan untuk menggugat akaun persaraan anda
    • Menurut perancang kewangan, dua daripada perkara buruk yang berlaku kepada perancangan persaraan adalah akses internet selama 24 jam kepada akaun dan harga harian.
  10. Nilai pendapatan bulanan persaraan secara realistik.
    • Punca pendapatan semasa persaraan adalah pencen, simpanan KWSP, faedah simpanan tetap, dividen daripada saham syarikat (atau unit amanah) dan jumlah wang yang diterima daripada polisi insurans yang telah matang.
  11. Peraturan pertama tentang simpanan ialah membayar untuk diri anda sendiri.
    • Oleh itu, apabila anda menerima gaji setiap bulan, masukkan sebahagian wang dalam tabung persaraan anda, sebelum wang tersebut digunakan untuk perbelanjaan yang lain.
  12. Wujudkan tabung kecemasan yang tersedia wang di dalamnya, sekiranya anda memerlukan wang dengan segera. Ini bagi mengelak daripada anda mengambil wang daripada dana persaraan apabila berlaku keperluan yang mendesak.
  13. Fikirkan untuk berpindah ke rumah yang lebih kecil dan lebih rendah harganya, kerana anda tidak memerlukan ruangan yang besar kerana anak-anak anda telah tidak tinggal bersama. Wang lebihan penjualan rumah lama dengan pembelian rumah yang baru ini boleh digunakan untuk keperluan yang lain.
  14. Sekiranya anda bercadang untuk bekerja selepas bersara, cuba buat hubungan dan mencari peluang ketika masih bekerja.

Matlamat Dan Kaedah Menetapkan Matlamat

Menetapkan matlamat kewangan anda adalah sangat penting dalam perancangan pelan kewangan. Anda perlu mempunyai matlamat kewangan yang jelas dan boleh dicapai sebagai dorongan untuk memastikan anda berjaya melaksanakan dan mencapai matlamat pelan perancangan kewangan anda.
Pelan perancangan kewangan boleh dikategorikan bersesuaian dengan matlamat anda kepada:-
  1. Matlamat jangka masa pendek
    • Boleh dicapai dalam masa kurang daripada 1 tahun, biasanya melibatkan nilai yang rendah dan mudah dicapai seperti membeli i-pad bernilai RM1800 atau sekitarnya.
  2. Matlamat jangka masa sederhana
    • Dapat dicapai dalam masa 1 hingga 3 tahun, seperti membayar deposit membeli rumah atau kereta pertama sekitar RM 10,000 ke RM 50,000.
  3. Matlamat jangka masa panjang
    • Perlukan masa lebih daripada 3 tahun untuk mencapainya. Biasanya melibatkan amaun yang banyak seperti pelan persaraan peribadi yang mana nilainya mungkin melebihi RM500,000 ke atas.
Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu mengaplikasikan konsep S.M.A.R.T iaitu:
  • Specific
    • Matlamat yang spesifik untuk dicapai seperti hendak mengumpulkan wang berjumlah RM 100,000 dalam masa 5 tahun.
  • Measurable
    • Matlamat yang dapat diukur atau dikira seperti hendak membeli kereta bernilai RM 76,000.
  • Achievable
    • Matlamat yang boleh dicapai mengikut kemampuan anda. Menetapkan matlamat yang terlalu tinggi dan tidak logik boleh menyebabkan kegagalan.
  • Rewarding
    • Matlamat semestinya yang menggalakkan usaha anda supaya berterusan. Matlamat yang disasar akan memberi imbuhan yang sentiasa mendorong anda untuk terus berusaha walau bagaimana keadaan sekali pun sehingga di capai seperti yang anda tetapkan.
  • Trackable
    • Matlamat yang boleh dikesan. Tetapkan jadual pencapaian yang jelas untuk mencapai matlamat anda, seperti mengumpulkan wang berjumlah RM 100,000 dalam masa 5 tahun, di mana anda perlu menyimpan RM 20,000 untuk setiap tahun.
    Selain daripada menetapkan matlamat yang S.M.A.R.T, anda juga perlu mengambil kira segala aspek keperluan dan kehendak anda serta keluarga, tidak lupa juga segala kemungkinan halangan yang bakal anda lalui atau hadapi dan cara-cara mengatasi. Kita boleh mempunyai seberapa matlamat yang ingin dicapai dalam hidup kita.
         Tetapi, buat ketetapan yang manakah matlamat yang harus diberikan
         keutamaan untuk kita capai dahulu?
         Bagaimanakah kita dapat menentukan matlamat yang
         lebih penting untuk dicapai?
         Untuk itu anda perlu membezakan antara keperluan dan kemahuan anda, dan
         seterusnya menilai keutamaan anda untuk menunaikan matlamat yang
         lebih ‘penting’.
         Selepas anda mencatatkan matlamat anda, bezakan matlamat tersebut sama
         ada ia keperluan atau kemahuan. Kemudian, tentukan keutamaan matlamat
         tersebut berdasarkan kepentingannya.

Hanya dengan menetapkan keutamaannya baru anda boleh merancang strategi seterusnya sejajar dengan arah tuju bagi mencapai matlamat anda itu.

** Mutiara Kata:-

'Kegagalan seseorang untuk mencapai matlamat bukan sebab di rancang tetapi kegagalan sebenar ialah mereka-mereka yang gagal merancang'.

seperti kata:-
 "Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang." ~ William J. Siegel

Tuesday 13 November 2012

Pengurusan Kewangan Berlandaskan Syariah

Pengurusan dan perancangan adalah suatu yang amat mustahak dalam semua urusan kehidupan lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan harta atau kewangan. Kegagalan kewangan sebenarnya adalah disebabkan kerana seseorang itu gagal mengurus dan merancang pengagihan kewangannya. Kegagalan merancang harta atau kewangan dengan bijak dikenal pasti antara punca mudahnya seseorang itu terperangkap dengan pelbagai masalah dalam kehidupan.
Seseorang yang mempunyai perancangan dalam menguruskan kewangannya akan memperoleh gambaran yang jelas tentang kedudukan kewangan terkininya, mengarah hala tuju yang tepat mengenai matlamat kewangan yang ingin dicapai yang akhirnya akan membolehkan seseorang itu mencapai matlamat yang diharapkan secara lebih efektif.
Islam sebagai agama yang sempurna mengajar umatnya agar sentiasa mempunyai perancangan dalam menguruskan hal ehwal kehidupan mereka. Hal ini dapat dilihat menerusi Al Quran dan Sunnah. Antaranya firman Allah dalam Surah Yusuf ayat 67.
Pengajaran daripada ayat di atas antara lain ia menyentuh tentang persoalan perancangan di mana Allah menjelaskan bahawa dalam menguruskan kehidupan jangan bergantung kepada satu pendekatan semata-mata tetapi perlulah mempelbagaikan pendekatan dan strategi. Dan setelah segala persiapan dan perancangan dilakukan maka hendaklah bertawakal kepada Allah.
Ayat 47-48 di dalam surah yang sama Allah menegaskan pentingnya perancangan sebelum menghadapi atau melakukan sesuatu malah perlu bijak dalam menguruskan kehidupan agar tidak susah di kemudian hari.
Di dalam ayat 9, Surah Al-Nisa’ juga Allah tegaskan perkara yang sama bahawa perlunya mempunyai perancangan untuk masa depan keluarga dan hendaklah bijaksana dalam menguruskan harta/kewangan. Sebagaimana dalam Surah Al Hasyr ayat 18.
Ayat ini cukup jelas menyentuh tentang kepentingan perancangan dalam kehidupan, kerana masa depan bergantung kepada perancangan kita hari ini selain daripada ketentuan Allah.
 
Harta Dalam Islam
Dalam Islam mengurus dan membelanjakan harta adalah antara amanah Allah. Ia adalah satu keperluan yang bertujuan mencapai kehidupan yang diberkati. Perspektif yang tepat terhadap harta akan memastikan seseorang itu mencapai bahagia di dunia dan di akhirat menerusi hartanya.
Harta mempunyai kedudukan yang sangat mulia di sisi Islam. Islam menggalakkan umatnya memiliki, menghasil dan menggunakan harta dengan baik dan bijaksana.
Dari kaca mata Islam, harta adalah alat untuk menjamin keselesaan hidup manusia di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Ia juga merupakan wasilah untuk mencapai takwa. Allah juga menganugerahkan harta kepada manusia untuk menguji manusia itu sama ada bersyukur atau sebaliknya sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah dalam Surah Al-Munafiqun ayat 9.
Di samping mengajar manusia agar mempunyai perspektif yang jelas terhadap harta, Islam juga mengajar manusia agar mempunyai pandangan yang betul terhadap kehidupan. Hal ini penting bagi memastikan kehidupan mereka bermatlamat dan arah tuju yang jelas.
Islam menggariskan agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh untuk membangun dan membina kehidupan yang bahagia dan harmoni. Ini dijelaskan dalam Surah Hud ayat 61.
Islam juga menyeru agar menjadikan kehidupan ini dapat memberi manfaat kepada orang lain sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sebaik-baik kamu adalah yang paling banyak memberi manfaat”.
Di dalam ajaran Islam, dunia adalah tempat sementara yang hanya sebagai jambatan untuk ke akhirat, dunia sebagai tempat bercucuk tanam dan akhiratlah tempat untuk menuainya. Walaupun dunia bersifat sementara, Islam dengan pelbagai kaedah dan pendekatan mengajar umat manusia supaya mempunyai status sosial dan ekonomi yang baik.
Oleh itu, Islam memerintahkan supaya harta dan kehidupan diuruskan dengan baik dan bijaksana. Jika sebaliknya ia akan menjadi faktor keruntuhan manusia dan kemurkaan Allah seperti dalam surah Saba’ ayat 15 – 16 dan surah al-Nisaa’ ayat 10 dan 161.
 
Konsep Pengurusan Harta
Secara umumnya ada lima aspek atau elemen utama pengurusan harta secara Islam. Pertama, Penghasilan Harta (Wealth Creation). Sebagai seorang Muslim yang sejati, Islam menggalakkan umatnya mencari harta dan tidak hanya pasrah pada qada’ dan qadar seperti di dalam surah al-Juma’ah ayat 10.
Kedua, Pengumpulan Harta (Wealth Accumulation) atau dengan erti yang lain bermaksud pengembangan harta. Adalah tidak wajar jika harta yang kita ada disimpan begitu saja tanpa mengembangkannya. Pengembangan harta boleh dilakukan melalui simpanan dan pelaburan di institusi kewangan.
Malah Islam menggalakkan umatnya untuk membuat simpanan serta melaburkannya sebagaimana dalam surah Yussuf ayat 47-48.
Ketiga, Perlindungan Harta (Wealth Protection). Setiap manusia harus mempunyai matlamat dalam kehidupan dan pasti salah satu daripadanya ialah untuk dapat kehidupan yang selesa dan terjamin dari segi kewangan sepanjang hidup. Sebagai jaminan hidup di dunia ini selain mempunyai simpanan dan harta yang mencukupi, diri kita dan harta kita juga harus dijaga daripada sebarang musibah dan perkara-perkara yang tidak diingini.
Keempat, Pengagihan Harta (Wealth Distribution). Islam memperuntukan beberapa cara atau kaedah untuk pengagihan harta sebelum atau selepas mati. Antara instrumen perancangan harta adalah wakaf, wasiat, hibah dan sebagainya.
Kelima, Penyucian Harta (Wealth Cleansing). Sebagai seorang Muslim kita tidak sewenang-wenang membelanjakan atau mempergunakan mengikut kehendak dan hawa nafsu. Ini kerana setiap harta ada hak-hak yang tertentu untuk dibahagikan seperti berzakat dan amal jariah kita seperti sedekah. Ini terbukti dalam surah al-Baqarah ayat 195.
 
Pengurusan Kewangan Islam
Pengurusan kewangan yang bijak itu adalah yang dapat mengimbangi perbelanjaan dan pengurusan hutang, pelaburan yang mengikut syariah dan pendapatan yang mendapat keberkatan. Perlu diingatkan bahawa merancang dan mengurus ini merupakan sunnah.
Dari sudut semasa, industri perancangan kewangan telah lama wujud di Malaysia tetapi bukan dalam bentuk satu disiplin profesional seperti yang ada sekarang. Diperakui oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) sejak tahun 2004 apabila SC menjadikan perancangan kewangan sebagai satu aktiviti yang memerlukan lesen.
Perancangan kewangan adalah satu aktiviti yang dikawalselia oleh undang-undang. Individu yang ingin menjadi “Perancang Kewangan Bertauliah” perlu mendapat lesen daripada SC (Jadual 2, Capital Markets and Services Act 2007).
Secara lebih mendalam, perancangan kewangan itu merujuk kepada ‘Perancang Kewangan’ sebagai “seseorang yang membuat analisis kedudukan kewangan individu lain dan mencadangkan perancangan pelan kewangan agar individu berkenaan mencapai matlamat dan objektif kewangannya.” (Suruhanjaya Sekuriti).
Secara ringkas, perancangan kewangan Islam itu ialah “satu proses di mana matlamat kewangan keseluruhan individu digunakan untuk membangun dan melaksanakan pelan yang holistik untuk mencapai matlamatnya yang mematuhi syariah dan akhirnya mendapat keberkatan daripada Allah” (Mahadzir Ahmad, majalah VISI, Bilangan 95)
Perancangan kewangan yang didasarkan kepada Islam matlamat akhirnya menjadikan aspek kewangan sebagai satu wasilah mencapai hasanah di dunia dan di akhirat. Justeru, untuk memastikan matlamat ini dapat dicapai maka pelan perancangan perlu mengambil kira perbelanjaan untuk kemaslahatan sendiri seperti keperluan jasmani dan rohani, perbelanjaan untuk kemaslahatan orang lain seperti nafkah, sedekah dan juga perbelanjaan untuk kemaslahatan umum seperti membina masjid, hospital dan sebagainya.
Secara yang lebih sistematik perancangan kewangan dari perspektif Islam perlu mengambil kira komponen-komponen berikut; pengurusan kredit dan aliran tunai, pengurusan risiko dan perancangan takaful, perancangan pelaburan Islam, perancangan zakat dan cukai , perancangan persaraan dan perancangan harta pusaka dan wakaf.
Secara umumnya, ada dua aspek utama yang dititikberatkan oleh Islam dalam hal-hal yang bersangkutan dengan pengurusan harta, iaitu bagaimana harta itu diperoleh. Ia mestilah menerusi kaedah pemilikan yang sah dan jual beli, pelaburan secara Islam, hadiah dan sebagainya.
Aspek kedua adalah bagaimana harta itu dibelanjakan, sama ada untuk kebaikan ataupun untuk perkara-perkara yang dilarang Allah. Perkara ini dapat dilihat menerusi sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak akan berganjak kedua-dua kaki anak adam pada hari kiamat sehingga ditanya tentang umurnya pada apa ia dihabiskan, tentang usia mudanya pada apa digunakan dan tentang hartanya dari mana ia diperoleh dan bagaimana ia dibelanjakan dan tentang ilmunya pada apa ia diamalkan?”
Oleh itu, aspek utama yang perlu diambil kira di dalam perancangan kewangan Islam adalah memperoleh keberkatan. Harta yang melimpah ruah tidak membawa apa-apa erti jika tidak ada padanya keberkatan, malah harta boleh menjadi fitnah, boleh menjadikan seseorang itu sentiasa berasa tidak cukup sehingga sanggup melakukan apa sahaja termasuklah rasuah, penyelewengan dan sebagainya.
 
Keberkatan
Sebaliknya, harta yang berkat walaupun sedikit akan membawa ketenangan dan memberikan kesan yang baik dalam segenap kehidupan.
Keberkatan bermaksud mendapat restu, keredaan atau rahmat dari Allah SWT. Bagi mendapat keberkatan dan rahmat tersebut, sewajarnya kita mematuhi serta mentaati setiap perintah Allah.
Namun keberkatan boleh hilang jika melakukan perkara yang menyalahi apa yang digariskan oleh Allah SWT seperti terlibat dengan riba dan melakukan dosa serta mengabaikan solat.
Kesimpulannya, untuk menikmati kehidupan yang selesa dan bahagia kita perlulah mempunyai perancangan kewangan yang sempurna.
 
 

Pasif Income





Kerjaya sebagai perunding unit amanah membolehkan anda memperolehi pasif income seperti dalam cerita di atas. Segala usaha anda akan pastinya berbaloi kerana income CB (career benefit) anda akan terus berkembang sejajar dengan NAV yang anda miliki dari semua pelaburan individu dan kumpulan yang anda bina. CB anda akan diberikan pada setiap bulan bersamaan dengan pembayaran komisen bulanan anda.

Monday 12 November 2012

Mengembangkan Rangkaian Perniagaan

Saya berkongsi tanpa memaksa sesiapa untuk menjadi agen, cuma saya nak katakan sedikit kehebatan yang ada sebagai agen unit amanah sepanjang 1.6 tahun saya menyertainya. Jika anda merupakan antara orang-orang yang saya nyatakan di bawah, maka sebaik-baiknya anda fikir-fikirkan sedalam-dalamnya kerana anda mungkin adalah salah seorang calon yang berpotensi untuk berjaya sebagai Perunding Unit Amanah.

1. Pernah berpengalaman menjadi agen MLM.
2. Mempunyai pengalaman menjadi agen atau perunding insuran.
3. Pernah berniaga secara konvensional seperti usahawan atau peniaga kecil
5. Pernah melalui pengalaman menjadi juru jual kenderaan.
6. Mempunyai ramai kenalan yang ada simpanan kwsp
7. Sangat berminat bekerja sendiri/free lance tetapi tiada modal yang besar.

Sistem perniagaan perunding unit amanah tidak banyak beza dengan aktiviti pekerjaan atau perniagaan yang saya nyatakan di atas. Ia terdiri dari 2 perkara pokok, iaitu mencadangkan skim pelaburan unit amanah kepada para pelabur dan merekrut perunding baru di bawah kumpulan anda. Hanya undang-undang sahaja yang berbeza kerana industri unit amanah di bawah pemantauan SC (Security Commisioner) dan FIMM (Federation of Investment Managers Malaysia). Jika anda tidak suka merekrut anda boleh menjual unit amanah sahaja. Merekrut adalah satu pilihan jika anda hendak mengembangkan perniagaan anda ketahap yang lebih tinggi.
Perkara yang paling asas yang 100% sama ialah melakukan proses jualan dan mendapatkan prospek pelabur. Jika anda pernah melalui pengalaman sebagai juru jual, juru runding, broker dan sebagainya sudah tentu anda boleh menjadi Perunding Unit Amanah yang baik kerana ia juga melakukan perkara yang sama terutama dan soal mencadangkan produk dan melakukan prospekting.

Hanya bermodalkan tidak lebih dari RM300 anda sudah boleh menjadi agen unit amanah dengan syarat anda lulus cute exam. Semua latihan dan panduan akan diberikan kepada anda bermula dari asas hinggalah kepada latihan tahap tinggi. Latihan akan diberikan di cawangan-cawangan  yang terdapat diseluruh Malaysia. Apa yang anda perlukan hanya komitmen dan bersedia untuk belajar serta mempratikkan apa yang anda belajar.

 

PELUANG KERJAYA & PERNIAGAAN

Bidang jualan merupakan bidang yang penuh mencabar dan tentunya punya potensi yang sangat besar. Pernahkah anda bermain permainan video yang penuh dengan halangan dan cabaran. Perumpamaan yang suka saya gunakan. Kita teruja dengan permainan video seperti Doom, Counter Strike, Mercenaries dan pelbagai lagi. Permainan yang penuh dengan halangan, mempunyai matlamat kemenangan misi. Kekuatan minda digunakan sepenuhnya agar kita tidak berputus asa untuk menang dalam setiap misi hingga misi terakhir. Kekuatan fizikal memerlukan kita berjam-jam mengadap papan skrin permainan video tersebut agar kita boleh menang.

Kejayaan seseorang dalam bidang jualan, adalah kerana bukan dia lebih bijak, lebih kacak, lebih cantik tetapi kerana dia mempunyai 3 perkara penitng ini iaitu:

  1. Kekuatan mental
  2. Kekuatan fizikal
  3. Kesediaan untuk belajar
Kekuatan mental amat diperlukan agar kita tidak mudah putus asa, kecewa, hilang semangat. Ini kerana sebagai perunding unit amanah pastinya kita tidak akan terlepas dari menempuh 101 ragam klein yang akan dan bakal kita temui. Sales person yang mempunyai kekuatan minda akan sering mengatakan "Next....next....next" atau "tak apa, kalau dia tak nak perkhidmatan aku, ada ramai lagi yang ada yang pasti inginkan perkhidmmatan aku dan yang boleh aku jumpa" " Alah, ini baru 99 orang reject aku, mungkin orang yang keseratus akan menggunakan perkhidmatan aku" " Takpe aku masih ada ramai lagi prospek/klien yang boleh aku approach". Setiap halangan yang ditemui, sentiasa dipatahkan dengan kata-kata optimis. Mereka percaya dengan Hukum Purata. Dimana daripada 10 klien yang ditemui pada lumrahnya tidak semua berminat, mungkin 1 atau 2 orang yang akan berminat. Maka untuk close 10 sales mungkin kita perlu berjumpa dengan 100 klien. Sales person yang tidak mempunyai kekuatan mental yang kuat sering kecundang dalam kerjaya ini. Jika anda hendak berjaya dalam kerjaya yang hebat ini, mental anda harus juga hebat. Kita perlu sentiasa optimis terhadap halangan dan cabaran yang dihadapi. Selama saya berada dalam bidang ini, saya melihat bidang ini juga yang telah berjaya menaikkan taraf seseorang sehingga menjadi Jutawan, Ratus/Puluh Ribuan, dan tidak hairan ada juga yang gagal. Kegagalan seseorang untuk berjaya dalam kerjaya ini bukan kerana perkhidmatan atau produk yang dibawa, tetapi kegagalannya untuk menguatkan kemampuan mentalnya. Kebiasaannya mereka ini mempunyai sifat terlalu berhati-hati, tidak berani mengambil risiko, terlalu analtical (sering membuat andaian awal), tidak berani untuk membuat keputusan dan majoritinya suka berada pada zon selesa.

Kekuatan fizikal juga penting bagi sales person, kerana kerjaya ini memerlukan kita bekerja tidak kira masa, pada sesuatu masa kita perlu berjumpa klien pada lewat malam dan keesokan harinya seawal jam 8 pagi kita juga ada pertemuan lain. Pengambilan makanan sihat dan multi vitamin amat diperlukan agar fizikal kita sentiasa bersedia untuk bekerja.

Kesediaan untuk belajar juga merupakan aspek penting yang perlu ada bagi seseorang sales person. Mengapa? kerana kita berurusan dengan manusia. Setiap manusia mempunyai keunikan sendiri, perbezaan budaya, komunikasi, pengurusan, sifat, sikap dan tabiat. Keperluan penting bagi kita mempelajari berkenaan product knowledge tetang apa yang kita hendak perkenalkan, persaingan, pengurusan, pemasaran, startegi jualan, komunikasi dan pelbagai lagi. Justeru, pembelajaran berterusan perlu ada bagi diri seseorang sales person. Menghentikan niat untuk belajar, akan menghentikan volume jualan kita kerana manusia semakin lama semakin kompleks.

**Rumusannya:-

"Jangan Lekas Berputus Asa". - Berdikit-dikit, Lama-lama jadi BUKIT.....GUNUNGGGG!!
Insya Allah.

Memulakan Pelaburan.

Pelaburan adalah berlandaskan syariah dan sangat baik, halal serta berkat. Ia sejajar dengan saranan syariat islam supaya kita sentiasa memastikan pendapatan atau income yang diperolehi adalah dari sumber yang semestinya halal dan bebas dari unsur riba.

Merujuk kepada ayat 39 surah Rum, ayat 160-161 surah An-Nisa’, ayat 130 surah Ali-‘Imran sehinggalah ayat terakhir yang mengharamkan riba secara mutlak iaitu:

Orang-orang yang memakan riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli dan mengharamkan riba.

Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan dari Tuhannya lalu dia berhenti, maka apa yang telah diambilnya dahulu adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi maka mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya. (al-Baqarah: 275)

 

Disclaimer
Penulis bukanlah seorang Pengurus Dana sebaliknya sebagai Perunding Unit Amanah. Maklumat yang dinyatakan tidak bersangkutan dengan mana-mana pihak. Ia ditulis berdasarkan pengalaman penulis sebagai agen unit amanah. Sebelum melabur sila dapatkan maklumat lanjut dari pihak syarikat pengurusan dana unit amanah atau Perunding Unit Amanah anda. Maklumat yang tercatit sebagai perkongsian pintar sesuai dengan sasaran Kerajaan Malaysia.

Pelaburan Tunai / Kwsp

Pelaburan Unit amanah Melalui pelaburan secara tunai

- Jumlah minima yang diperlukan untuk membuka akaun adalah RM1000.
Pembayaran adalah melalui bank yang biasanya menyediakan kaunter khas untuk operasi Unit Amanahnya.
- Jumlah pelaburan adalah tidak terhad.
- Setelah mempunyai akaun, anda boleh meneruskannya dengan membuat simpanan bulanan (min ialah RM100) menerusi potongan dari akaun atau bayaran terus di kaunter.

Pelaburan Unit Amanah melalui pengeluaran simpanan ahli KWSP:
Apa itu Skim Pelaburan Simpanan Ahli KWSP
•Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan.
•Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 20% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
• Semua pelaburan yang dibuat hendaklah melalui IPD yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan. Untuk mendapatkan senarai IPD yang diluluskan.

Sejarah Kewujudan Skim Pelaburan Ahli KWSP
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan Skim Pelaburan Ahli pada bulan November 1996 sebagai respon terhadap saranan supaya ahli diberi pilihan untuk melaburkan simpanan mereka. Laporan akhbar menyatakan sebilangan besar ahli yang bersara telah menghabiskan simpanan mereka untuk kehidupan selepas bersara dalam masa 3 tahun sahaja.Dengan adanya skim pelaburan ahli ini, ahli dapat menambah simpanan persaraan mereka sebagai tambahan kepada dividen yang diberikan oleh KWSP. Ahli yang berkelayakan diberikan pilihan untuk membuat pelaburan dalam dana amanah atau syarikat pengurusan aset yang telah dilantik oleh Panel Pelaburan KWSP
Pengeluaran ini membenarkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan melebihi
RM5,000 dari jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun 1 melaburkan sebahagian
daripada jumlah simpanan tersebut melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Definasi Simpanan Asas.
Simpanan Asas ialah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM120,000 pada umur 55 tahun.

Syarat-syarat yang perlu dipatuhi:
i . Mulai 1 Februari 2008, ahli boleh melaburkan simpanan di bawah skim pegeluaran pelaburan ahli tidak melebihi 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1.
ii . Pengeluaran untuk pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan sekali dan jumlah minimum pelaburan ialah RM1,000.00.
Syarat-syarat am prosedur di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli yang lain masih kekal dan tidak berubah.

CONTOH PENGIRAAN KELAYAKAN
ASAS (RM) PENGIRAAN: SIMPANAN AKAUN 1 – SIMPANAN ASAS X 20%

Cth Pengiraan:-
A: 22 thn RM4,000 – RM5,000 x 20% – AHLI TIDAK LAYAK MEMOHON.
SIMPANAN DI AKAUN 1 KURANG DARIPADA SIMPANAN ASAS

B: 22 thn RM8,000 – RM5,000 x 20% = RM600
AHLI TIDAK LAYAK MEMOHON, AMAUN KELAYAKAN MINIMUM KURANG RM1,000

C: 25 thn RM20,000 – RM9,000 x 20% = RM2,200
AHLI LAYAK MEMOHON.
AMAUN KELAYAKAN MINIMUM RM1,000 DAN MAKSIMUM RM2,200

E: 45 thn RM100,000 – RM64,000 x 20% = RM7,200
AHLI LAYAK MEMOHON.
AMAUN KELAYAKAN MINIMUM RM1,000 DAN MAKSIMUM RM7,200

Maklumat tambahan untuk Pelaburan melalui KWSP.
i) Borang Permohonan KWSP 9N (AHL) . Sila klik pautan berikut untuk muat turun borang. Borang ini juga boleh diperolehi daripada IPD yang diluluskan atau agen sah yang dilantik IPD.
ii) Kad Pengenalan Awam/ Kad Pengenalan Malaysia (Mykad)/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Permastautin Tetap (MyPR);
ATAU
Kad Pengenalan Polis DAN Surat Pengesahan Majikan menyatakan no.Polis dan no. Kad Pengenalan Awam merujuk kepada orang yang sama;
ATAU
Pasport. Jika ahli bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli KWSP sebelum Ogos 1998.
(ANDA DINASIHATKAN MENYEMAK BAKI SIMPANAN AKAUN 1 DAN KELAYAKAN PELABURAN TERLEBIH DAHULU).

Kaedah Bayaran
KWSP akan memindahkan amaun pelaburan yang dipohon daripada simpanan anda secara terus kepada IPD berkenaan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh permohonan diterima.

Cara Permohonan Dihantar
• Permohonan perlu dihantar melalui mana-mana IPD yang dipilih dengan mengemukakan dokumen yang ditetapkan.
• Pihak IPD akan mengemukakan permohonan anda kepada KWSP untuk diproses.
• Anda dinasihatkan untuk melengkapkan satu borang permohonan sahaja bagi setiap pengeluaran yang dibuat. Pemindahan amaun pelaburan ini adalah tanggungjawab anda dan pembatalan pengeluaran selepas kelulusan diberikan adalah tidak dibenarkan.

Unit Amanah

 Skim unit amanah atau “Unit trust scheme – UTS” merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur-pelabur yang mempunyai ojektif pelaburan yang sama mengumpulkan wang mereka, dan kemudian dilaburkan ke dalam portfolio sekuriti atau aset lain yang diuruskan oleh pengurus profesional yang semestinya pakar dalam selok-selok pelaburan.


Sedikit-Sedikit, Lama-lama Jadi GUNUNG!


Kelebihan Pelaburan Unit Amanah

Kepelbagaian
Mempelbagaikan pelaburan dalam pelbagai kelas aset dan sektor-sektor yang berbeza akan mengurangkan risiko pelaburan. Tetapi untuk mempelbagaikan pelaburan, ia memerlukan jumlah wang yang besar dan banyak. Pelaburan melalui tabung unit amanah membantu mengurangkan risiko pelaburan individu kerana ia memberi peluang kepada pelabur-pelabur yang ingin melabur dengan modal yang kecil. Pelaburan ini dikumpulkan dan kemudiannya dilaburkan oleh pengurus dana dalam saham atau sekuriti yang dibenarkan bagi pihak pelabur. Dengan kepelbagaian pelaburan, risiko pelaburan dapat disebarkan.

Pengurus yang profesional
Berpeluang mendapat khidmat pengurus profesional yang selalunya tidak dapat dinikmati oleh pelabur individu yang melabur dengan modal yang kecil atau sekiranya pelabur melabur dalam simpanan deposit tetap atau dalam pasaran saham secara langsung.

Pentadbiran yang mudah
Pentadbiran jual, beli dan pegangan pelaburan dalam unit amanah adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan pegangan portfolio pelaburan dalam pasaran modal yang dibuat secara langsung oleh pelabur.

Kecairan
Pelabur boleh menjual balik sebahagian atau semua unit amanah mereka pada bila-bila masa dalam waktu perniagaan.

Berkemampuan untuk melabur
Pelabur hanya memerlukan modal yang kecil untuk menyertai portfolio pelaburan yang diuruskan oleh pengurus profesional dan menikmati faedah yang sama dengan mereka yang melabur dalam sekuriti berharga tinggi. Pada masa yang sama, pelabur unit amanah dapat menikmati pulangan daripada portfolio pelaburan berbanding dengan jumlah sekuriti yang sedikit sekiranya mereka melabur terus dalam pasaran saham.


Laman blog ini bukan bertujuan mecadangkan mana-mana pelaburan tetapi lebih kepada perkongsian maklumat tentang pelaburan dan kerjaya sebagai Perunding Unit Amanah. Semua maklumat, data, image dan informasi dalam blog ini tiada hubung kait dengan mana-mana organisasi. Ia merupakan satu perkongsian Penulis kepada pembaca tentang pengalaman dan pengetahuan Penulis sepanjang berkecimpung dalam kerjaya Perunding Unit Amanah. Pembaca dinasihatkan mendapatkan maklumat berkaitan dengan pihak-pihak tertentu sebelum membuat sebarang keputusan. Penulis juga tidak bertanggungjawab atau menjamin di atas kemungkinan ketidaktepatan info yang ditulis. Apa yang tercatat bukan satu nasihat untuk anda melabur, membeli atau menjual saham amanah anda. Disclaimer ini terpakai untuk semua kanduangan dalam semua page dan blog ini. Laman blog ini (alfathmutiararesources.blogspot.com) tidak bertanggungjawap di atas semua komen dan pandangan pembaca.