Monday 12 November 2012

Unit Amanah

 Skim unit amanah atau “Unit trust scheme – UTS” merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur-pelabur yang mempunyai ojektif pelaburan yang sama mengumpulkan wang mereka, dan kemudian dilaburkan ke dalam portfolio sekuriti atau aset lain yang diuruskan oleh pengurus profesional yang semestinya pakar dalam selok-selok pelaburan.


Sedikit-Sedikit, Lama-lama Jadi GUNUNG!


Kelebihan Pelaburan Unit Amanah

Kepelbagaian
Mempelbagaikan pelaburan dalam pelbagai kelas aset dan sektor-sektor yang berbeza akan mengurangkan risiko pelaburan. Tetapi untuk mempelbagaikan pelaburan, ia memerlukan jumlah wang yang besar dan banyak. Pelaburan melalui tabung unit amanah membantu mengurangkan risiko pelaburan individu kerana ia memberi peluang kepada pelabur-pelabur yang ingin melabur dengan modal yang kecil. Pelaburan ini dikumpulkan dan kemudiannya dilaburkan oleh pengurus dana dalam saham atau sekuriti yang dibenarkan bagi pihak pelabur. Dengan kepelbagaian pelaburan, risiko pelaburan dapat disebarkan.

Pengurus yang profesional
Berpeluang mendapat khidmat pengurus profesional yang selalunya tidak dapat dinikmati oleh pelabur individu yang melabur dengan modal yang kecil atau sekiranya pelabur melabur dalam simpanan deposit tetap atau dalam pasaran saham secara langsung.

Pentadbiran yang mudah
Pentadbiran jual, beli dan pegangan pelaburan dalam unit amanah adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan pegangan portfolio pelaburan dalam pasaran modal yang dibuat secara langsung oleh pelabur.

Kecairan
Pelabur boleh menjual balik sebahagian atau semua unit amanah mereka pada bila-bila masa dalam waktu perniagaan.

Berkemampuan untuk melabur
Pelabur hanya memerlukan modal yang kecil untuk menyertai portfolio pelaburan yang diuruskan oleh pengurus profesional dan menikmati faedah yang sama dengan mereka yang melabur dalam sekuriti berharga tinggi. Pada masa yang sama, pelabur unit amanah dapat menikmati pulangan daripada portfolio pelaburan berbanding dengan jumlah sekuriti yang sedikit sekiranya mereka melabur terus dalam pasaran saham.


Laman blog ini bukan bertujuan mecadangkan mana-mana pelaburan tetapi lebih kepada perkongsian maklumat tentang pelaburan dan kerjaya sebagai Perunding Unit Amanah. Semua maklumat, data, image dan informasi dalam blog ini tiada hubung kait dengan mana-mana organisasi. Ia merupakan satu perkongsian Penulis kepada pembaca tentang pengalaman dan pengetahuan Penulis sepanjang berkecimpung dalam kerjaya Perunding Unit Amanah. Pembaca dinasihatkan mendapatkan maklumat berkaitan dengan pihak-pihak tertentu sebelum membuat sebarang keputusan. Penulis juga tidak bertanggungjawab atau menjamin di atas kemungkinan ketidaktepatan info yang ditulis. Apa yang tercatat bukan satu nasihat untuk anda melabur, membeli atau menjual saham amanah anda. Disclaimer ini terpakai untuk semua kanduangan dalam semua page dan blog ini. Laman blog ini (alfathmutiararesources.blogspot.com) tidak bertanggungjawap di atas semua komen dan pandangan pembaca.

No comments:

Post a Comment