Wednesday 14 November 2012

Matlamat Dan Kaedah Menetapkan Matlamat

Menetapkan matlamat kewangan anda adalah sangat penting dalam perancangan pelan kewangan. Anda perlu mempunyai matlamat kewangan yang jelas dan boleh dicapai sebagai dorongan untuk memastikan anda berjaya melaksanakan dan mencapai matlamat pelan perancangan kewangan anda.
Pelan perancangan kewangan boleh dikategorikan bersesuaian dengan matlamat anda kepada:-
  1. Matlamat jangka masa pendek
    • Boleh dicapai dalam masa kurang daripada 1 tahun, biasanya melibatkan nilai yang rendah dan mudah dicapai seperti membeli i-pad bernilai RM1800 atau sekitarnya.
  2. Matlamat jangka masa sederhana
    • Dapat dicapai dalam masa 1 hingga 3 tahun, seperti membayar deposit membeli rumah atau kereta pertama sekitar RM 10,000 ke RM 50,000.
  3. Matlamat jangka masa panjang
    • Perlukan masa lebih daripada 3 tahun untuk mencapainya. Biasanya melibatkan amaun yang banyak seperti pelan persaraan peribadi yang mana nilainya mungkin melebihi RM500,000 ke atas.
Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu mengaplikasikan konsep S.M.A.R.T iaitu:
  • Specific
    • Matlamat yang spesifik untuk dicapai seperti hendak mengumpulkan wang berjumlah RM 100,000 dalam masa 5 tahun.
  • Measurable
    • Matlamat yang dapat diukur atau dikira seperti hendak membeli kereta bernilai RM 76,000.
  • Achievable
    • Matlamat yang boleh dicapai mengikut kemampuan anda. Menetapkan matlamat yang terlalu tinggi dan tidak logik boleh menyebabkan kegagalan.
  • Rewarding
    • Matlamat semestinya yang menggalakkan usaha anda supaya berterusan. Matlamat yang disasar akan memberi imbuhan yang sentiasa mendorong anda untuk terus berusaha walau bagaimana keadaan sekali pun sehingga di capai seperti yang anda tetapkan.
  • Trackable
    • Matlamat yang boleh dikesan. Tetapkan jadual pencapaian yang jelas untuk mencapai matlamat anda, seperti mengumpulkan wang berjumlah RM 100,000 dalam masa 5 tahun, di mana anda perlu menyimpan RM 20,000 untuk setiap tahun.
    Selain daripada menetapkan matlamat yang S.M.A.R.T, anda juga perlu mengambil kira segala aspek keperluan dan kehendak anda serta keluarga, tidak lupa juga segala kemungkinan halangan yang bakal anda lalui atau hadapi dan cara-cara mengatasi. Kita boleh mempunyai seberapa matlamat yang ingin dicapai dalam hidup kita.
         Tetapi, buat ketetapan yang manakah matlamat yang harus diberikan
         keutamaan untuk kita capai dahulu?
         Bagaimanakah kita dapat menentukan matlamat yang
         lebih penting untuk dicapai?
         Untuk itu anda perlu membezakan antara keperluan dan kemahuan anda, dan
         seterusnya menilai keutamaan anda untuk menunaikan matlamat yang
         lebih ‘penting’.
         Selepas anda mencatatkan matlamat anda, bezakan matlamat tersebut sama
         ada ia keperluan atau kemahuan. Kemudian, tentukan keutamaan matlamat
         tersebut berdasarkan kepentingannya.

Hanya dengan menetapkan keutamaannya baru anda boleh merancang strategi seterusnya sejajar dengan arah tuju bagi mencapai matlamat anda itu.

** Mutiara Kata:-

'Kegagalan seseorang untuk mencapai matlamat bukan sebab di rancang tetapi kegagalan sebenar ialah mereka-mereka yang gagal merancang'.

seperti kata:-
 "Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang." ~ William J. Siegel

No comments:

Post a Comment